Plak ialah longgokan bakteria yang melekat dan tidak
berwarna yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air
liur, makanan, dan cecair bergabung untuk menghasilkan
longgokan ini yang terkumpul pada gigi dan di mana gigi dan
gusi bertemu.
Pembentukan plak boleh memerangkap kotoran pada
gigi, dan ia juga merupakan faktor utama dalam penyakit
periodontal (gusi). Memerangi plak merupakan usaha
berpanjangan dalam penjagaan gigi yang baik.
Plak mula terbentuk pada gigi 4 hingga 12 jam selepas
memberus gigi, sebab itulah penting memberus gigi
sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan fl os
setiap hari.
Karang Gigi, juga dipanggil Kalkulus merupakan longgokan
berlapis keras yang boleh memerangkap kotoran pada gigi
dan menyebabkan penyahwarnaan. Ia mewujudkan ikatan
kuat yang hanya boleh ditanggalkan oleh pakar pergigian.
Pembentukan karang gigi boleh juga menyukarkan kerjakerja
menanggalkan plak baru dan bakteria.
Individu berbeza dari segi mudah dapat plak dan karang
gigi. Bagi kebanyakan orang, longgokan ini terbentuk lebih
cepat apabila meningkat umur.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan tahap
pembentukan karang gigi (atau kalkulus)
Gambar-gambar di bawah menunjukkan tahap
pembentukan karang gigi (atau kalkulus) .
sedikit
sederhana
banyak
MEMAHAMI KALKULUS
Kalsium dan fosfat bergabung untuk membentuk
hablur pada gigi. Hablur kalsium fosfat ini seterusnya
mengeras di dalam plak, dengan itu membentuk kalkulus.
Jenis-jenis bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat
membantu mengurangkan pembentukan kalkulus dengan
menghentikan pertumbuhan hablur pada permukaan gigi
dan mencegah hablur baru daripada terbentuk
plak Gigi
10/01/2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar